Monday, September 14, 2009
PROGRAM GOTONG ROYONG PSS
Program gotong-royong Pusat Sumber bagi tahun 2009 telah diadakan pada 10 hb Julai yang lalu.Program ini dikendalikan oleh Pn.Azdiyah Abdullah dan dibantu oleh pengawas-pengawas Pusat Sumber.Semasa program ini dijalankan semua unit dikemaskini dan semakan stok juga turut dijalankan.Pada masa yang sama para pengawas pss juga turut menyusun semula buku mengikut no perolehan yang betul.
Kursus Kepimpinan Pengawas PSS
Pada 08 hb Mei 2009 yang lalu, badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan kursus kepimpinan Pengawas PSS di Hulu Langat Selangor.Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dengan tujuan melahirkan pengawas PSS yang berkaliber, berkepimpinan dan bersemangat tinggi dalam memastikan PSS sentiasa berada dalam tahap yang cemerlang.Kursus ini disertai oleh 44 orang pengawas dan diiringi oleh 4 orang guru iaitu PnRosfazilawati Mohd Zin ( Penyelaras PSS) , Pn.Azdiyah Abdullah , En.Hafiszal Umar dan En.Amin Mohd Ali.Melalui kursus ini pelajar didedahkan dengan pelbagai latihan dengan tujuan menaikkan semangat dan ciri kepimpinan .Mengikut Pn.Rosfazilawati kursus kepimpinan ini akan diteruskan pada masa-masa depan.
Tuesday, May 26, 2009
PESTA PANTUN DAERAH TAMPIN
24 April - Tahun ini SMKTSI menjadi pengelola Pesta Pantun Daerah Tampin. Sepuluh buah sekolah mengambil bahagian dalam pesta pantun ini. Pasukan SMK Jelai(F) berjaya muncul sebagai johan setelah menewaskan pasukan tuan rumah SMK Tunku Syed Idrus.
BOLA BALING MSSMDT
2 April - Pertandingan Bola Baling MSSM Daerah Tampin dikololakan oleh SMKSI. Pertandingan ini berlangsung dari pagi hingga petang. Pasukan tuan rumah berjaya menrangkul naib johan bagi kategori perempuan bawah 15 tahun manakala pasukan perempuan bawah 18 tahun pula mendapat tempat tempat ketiga.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL dan PROGRAM NILAI MURNI
28 Mac - Sempena sambutan Maulidur Rasul, pihak sekolah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul diadakan di kantin sekolah. Penceramah jemputan menyampaikan ceramah kepada para guru dan pelajar-pelajar.
Bagi pelajar-pelajar bukan Islam pula, Program Nilai Murni diadakan di padang sekolah. Progam bermula dengan aktiviti senaman pagi supaya palajar dapat meningkatkan kecergasan diri. Acara sukaneka dijalankan untuk mengurangkan tekanan pelajar-pelajar yang penat menelaah pelajaran.
Bagi pelajar-pelajar bukan Islam pula, Program Nilai Murni diadakan di padang sekolah. Progam bermula dengan aktiviti senaman pagi supaya palajar dapat meningkatkan kecergasan diri. Acara sukaneka dijalankan untuk mengurangkan tekanan pelajar-pelajar yang penat menelaah pelajaran.
MESYUARAT AGUNG PIBG dan HARI KECEMERLANGAN
24 Mac - Mesyuarat Agung PIBG diadakan di Dewan Serbaguna pada waktu petang. AJK baru sesi 2009/2010 yang diterajui oleh Encik Jaafar telah dilantik. Selepas mesyuarat agung majlis Hari Kecemerlangan telah dilangsungkan. Pelajar-pelajar yang memcapai keputusan cemerlang menerima sijil penghargaan dan hadiah daripada YDP PIBG. Pelajar-pelajar diminta meneruskan usaha mereka supaya dapat mencapai prestasi yang lebih cemerlang lagi.
KEPUTUSAN SPM 2008
12 Mac - Keputusan SPM 2008 yang dinanti-nantikan pelajar diumumkan. Pelajar-pelajar datang mengambil keputusan pada waktu tengah hari. Keputusan keseluruhan SPM tahun 2088 telah meningkat. Sujitra merupakan pelajar cemerlang SPM 2008. Pelajar ini mendapat 10A (6-1A, 4-2A) dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.
Wednesday, March 11, 2009
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
28 Februari – Latihan Dalam Perkhidmatan yang pertama telah diadakan di bilik gerakan untuk guru-guru SMKTSI menambahkan pengetahuan dalam profession perguruan. Tajuk ceramah kali ini ialah Ke Arah Memartabatkan Profession Perguruan.
Penceramah jemputan Haji Mohamad bin Isa telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan guru-guru dalam bidang pendidikan.
Penceramah jemputan Haji Mohamad bin Isa telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan guru-guru dalam bidang pendidikan.
MOTIVASI PENGAWAS
27 Februari - 1 Mac – Badan Disiplin dan Pengawas menganjurkan Program Motivasi Pengawas selama 3 hari 2 malam. Program ini dijalankan untuk membimbing pengawas baru dari Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat.
Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak jawatan kuasa untuk membimbing pengawas-pengawas baru supaya dapat menjalankan tugas dengan baik.
Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak jawatan kuasa untuk membimbing pengawas-pengawas baru supaya dapat menjalankan tugas dengan baik.
KEJOHANAN OLAHRAGA
2 & 3 Februari – Pada tahun ini, Kejohanan Olahraga berlangsung selama dua hari. Pada 2 Februari acara sukan dijalankan pada sebelah petang.
Para peserta bersaing dengan hebat untuk mencapai kemenangan. Penyokong pasukan bersorak dan menjerit untuk memberi sokongan kepada peserta masing-masing.
Guru-guru yang bertugas sebagai pegawai sukan dibantu oleh pelajar.
Pada tahun ini, Pasukan Rumah Hussein (hijau) telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan.
MERENTAS DESA
19 Januari – Merentas desa merupakan aktiviti tahunan sekolah. Merentas desa peringkat sekolah diadakan pada sebelah petang. Semua pelajar diwajidkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Walaupun cuaca panas, para peserta berjaya menghabiskan larian mereka. Tahun ini Rumah Hussein(Hijau) muncul sebagai Johan Keseluruhan.
PROGAM MINGGU SUAI KENAL TINGKATAN SATU
Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru yang melangkah masuk ke SMKTSI. Tanggal 5 Januari 2009 sesi persekolahan bermula, sudah pasti mereka telah bersedia untuk mengharungi cabaran dalam dunia pendidikan.
Pada tahun ini, pihak sekolah telah menerima sebanyak 209 orang pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan. Warga baru SMKTSI ini terdiri daripada 130 orang Pelajar Tingkatan Satu aliran biasa, 64 orang pelajar aliran agama, dan 15 orang pelajar Peralihan.
Pada tahun ini, pihak sekolah telah menerima sebanyak 209 orang pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan. Warga baru SMKTSI ini terdiri daripada 130 orang Pelajar Tingkatan Satu aliran biasa, 64 orang pelajar aliran agama, dan 15 orang pelajar Peralihan.
Wajah pelajar-pelajar baru kelihatan riang dan ceria ketika memasuki alam sekolah menengah. Sudah pasti iklim persekolahan di sekolah menengah yang berbeza dengan sekolah rendah akan menjadi cabaran utama kepada mereka.
Walaupun ada yang kelihatan gelisah untuk menyesuaikan diri di sekolah menengah namun mereka berjaya menghilangkan perasaan takut dan gementar selepas menjalani Minggu Suai Kenal. Seperti tahun-tahun lepas, pihak sekolah menjalankan Minggu Suai Kenal untuk membantu pelajar mengenali sekolah baru.
Pelajar-pelajar baru telah menjalani program Minggu Suai Kenal dari 5 Januari hingga 9 Januari. Sepanjang minggu tersebut, mereka telah mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti dan pendedahan ini dapat menghilangkan kegusaran warga bongsu SMKTSI seterusnya bersiap sedia untuk menjadi insan yang mulia.
Subscribe to:
Posts (Atom)