Wednesday, March 11, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

28 Februari – Latihan Dalam Perkhidmatan yang pertama telah diadakan di bilik gerakan untuk guru-guru SMKTSI menambahkan pengetahuan dalam profession perguruan. Tajuk ceramah kali ini ialah Ke Arah Memartabatkan Profession Perguruan.


Penceramah jemputan Haji Mohamad bin Isa telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan guru-guru dalam bidang pendidikan.








MOTIVASI PENGAWAS

27 Februari - 1 Mac – Badan Disiplin dan Pengawas menganjurkan Program Motivasi Pengawas selama 3 hari 2 malam. Program ini dijalankan untuk membimbing pengawas baru dari Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat.



Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak jawatan kuasa untuk membimbing pengawas-pengawas baru supaya dapat menjalankan tugas dengan baik.

KEJOHANAN OLAHRAGA

2 & 3 Februari – Pada tahun ini, Kejohanan Olahraga berlangsung selama dua hari. Pada 2 Februari acara sukan dijalankan pada sebelah petang.

Para peserta bersaing dengan hebat untuk mencapai kemenangan. Penyokong pasukan bersorak dan menjerit untuk memberi sokongan kepada peserta masing-masing.

Guru-guru yang bertugas sebagai pegawai sukan dibantu oleh pelajar.

Pada tahun ini, Pasukan Rumah Hussein (hijau) telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan.









MERENTAS DESA

19 Januari – Merentas desa merupakan aktiviti tahunan sekolah. Merentas desa peringkat sekolah diadakan pada sebelah petang. Semua pelajar diwajidkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.



Walaupun cuaca panas, para peserta berjaya menghabiskan larian mereka. Tahun ini Rumah Hussein(Hijau) muncul sebagai Johan Keseluruhan.







PROGAM MINGGU SUAI KENAL TINGKATAN SATU

Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru yang melangkah masuk ke SMKTSI. Tanggal 5 Januari 2009 sesi persekolahan bermula, sudah pasti mereka telah bersedia untuk mengharungi cabaran dalam dunia pendidikan.

Pada tahun ini, pihak sekolah telah menerima sebanyak 209 orang pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan. Warga baru SMKTSI ini terdiri daripada 130 orang Pelajar Tingkatan Satu aliran biasa, 64 orang pelajar aliran agama, dan 15 orang pelajar Peralihan.

Wajah pelajar-pelajar baru kelihatan riang dan ceria ketika memasuki alam sekolah menengah. Sudah pasti iklim persekolahan di sekolah menengah yang berbeza dengan sekolah rendah akan menjadi cabaran utama kepada mereka.


Walaupun ada yang kelihatan gelisah untuk menyesuaikan diri di sekolah menengah namun mereka berjaya menghilangkan perasaan takut dan gementar selepas menjalani Minggu Suai Kenal. Seperti tahun-tahun lepas, pihak sekolah menjalankan Minggu Suai Kenal untuk membantu pelajar mengenali sekolah baru.


Pelajar-pelajar baru telah menjalani program Minggu Suai Kenal dari 5 Januari hingga 9 Januari. Sepanjang minggu tersebut, mereka telah mengikuti pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti dan pendedahan ini dapat menghilangkan kegusaran warga bongsu SMKTSI seterusnya bersiap sedia untuk menjadi insan yang mulia.